Khamis, 23 Disember 2010

Kampen Keahlian Baru

Selamat Membaca Blog Kelab Bahasa dan Budaya SMKPR 2011
Kepada pelajar lama selamat kembali ke sekolah dan pelajar baru selamat datang ke SMKPR dan jangan lupa sertai kami

Tahun ini cikgu bercadang mengadakan teater lagi.
selain itu bangkel puisi serta apresiasi cerpen
Berminat sertai kelab ini

Sabtu, 24 April 2010

TEater KOMsas



PERMATANGPASIR, 22 April, Kelab Bahasa dan Budaya SMKPR telah menyertai pertandingan Teater Komsas anjuran Kelompok M8 dan Jabatan Pelajaran Daerah serta Jabatan Pelajaran Negeri. Dalam pertandingan itu, Smkpr telah berjaya mendapat tempat ketiga, meskipun membarisi pelakon dalam kalangan pelajar tingkatan dua dan satu. Tahniah buat mereka yang berlatih tanpa rasa bosan dan jemu. Semoga bakat dan pengalaman yang diperoleh menjadi penyuntik semangat untuk berjaya pada masa akan datang. Kumpulan teater tersebut telah mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada Cikgu Salleh dan Cikgu Idris.Syabas.

Sabtu, 17 April 2010

TEATER KOMSAS





SMKPR APRIL 2010, akan menyertai Pertandingan Teater Komsas. Guru pembimbing memilih drama Penunggu Pusaka karya Zakaria Ariffin untuk dipentaskan. Drama ini mengisahkan perebutan harta pusaka yang ditinggalkan oleh Anjang bin Kotot. Melalui wasiat yang dibaca peguam, ahli-ahli keluarga tidak berpuas hati. Oleh itum mereka menggunakan khidmat bomoh untuk mendapatkan harta pusaka. Teater komsas ini bakal dijayakan oleh pelajar tingkatan dua dan satu. Marilah kita memberi sokongan kepada penyertaan julung kali, semoga smkpr berjaya

Gambar Ahli Sesi Petang

Rabu, 7 April 2010

Dua berita terbaru.SMKPR menjadi tuan rumah Pertandingan Pesta Pantun yang akan berlangsung pada 19 dan 20 April. Kelab bahasa dan budaya serta para pelajar 1 putih akan mementaskan teater komsasbertajuk Kasut Kelopak Jantung adaptasi daripada Cerpen Kasut Kelopak Jantung karya Ghazali Lateh. Semoga kita memberi kerjasama kepada usaha yang baik ini.